Jumaat, 26 Disember 2014

BAIBARS ( 1223 - 1277 )

  

Baibars atau al Malik Al Zahir Rukn al Din al Bunduqdari ( abu Futuh ) telah dilahirkan pada 1223 Crimea seorang hamba tawanan perang dari  suku Kipchak, Turki.  Beliau telah berkhidmat menjadi pengawal Sultan Salahuddin Al Ayubi iaitu pemerintah Kerajaan Ayyubid di Mesir.

Baginda menjadi Komander Mamluk Dinasti Bahri pada tahun 1250 setelahberjaya mengalahkan Raja Louis IX dari Perancis dalam Perang Salib Ketujuh ( 1248 - 1254 ).


Di bawah pemerintahan Sultan Saifuddin Muzaffar Al Qutuz (1259 - 1260 ) , beliau telah memimpin barisan hadapan tentera Mesir di Pertempuran Ain Jalut menentang tentera Mongol. Pertempuran Ain Jalut berlaku pada tanggal 3 September 1260 yang menyaksikan kekalahan pertama tentera Mongol.

Baibars kemudiannya menggantikan Qutuz yang mati dibunuh pada 1260 sebagai Sultan Mesir dan Syria.Sebagai Sultan Mamluk dari Bahri  Agung yang pertama, Baibars memiliki kombinasi kemahiran diplomasi dan tindakan ketenteraan.



Pemerintahan beliau menandakan permulaan zaman penguasaan Mamluk di Mediteranean Timur .dan berjaya menyatukan Mesir dan Syria menjadi sebuah negara yang berupaya menangkis ancaman Tentera Salib dan Mongol. 

Baginda meneruskan dasar perluasan kuasa ke atas negeri neger Salib di Syria dengan menyerang Prncipality Of Antioch  iaitu sebuah negeri dibawah naungan Mongol. Pada 1263, Baibars telah menyerang Acre  ibu kota bagi bekas Kerajaan Jerusalem  tetapi tidak berjaya menawannya.

Pada tahun 1266, Baibars menakluk negara Kristian Cilician Armenia di bawah pemerintahan Raja Hethum 1 yang tunduk kepada Empayar Monol. Dua tahun kemudian ( 12 Mei 1268 ) , Baibars telah menawan dan memusnah Kota Antioch Penduduk Kota Antiock telah diseksa dan dibunuh dengan kejamnya.


Pemerintah Antioch, Putera Behemund IV yang terselamat dari serangan Baibars telah kehilangan kesemua wilayahnya kecuali Tripoli. Dalam surat kepad Putera Behemund IV, Baibars telah memperincikan bentuk penyeksaan dan keganasan ke atas pendudk Antioch seraya berkata "Sekiranya kamu berada di sana untuk menyaksikannya, sudah pasti kamu  akan berharap  untuk dilahirkan".

Kemudian Baibars menngalhkan  perhatian ke Tripoli dengan melakukan pengepungan ke atas kota ini. Kejatuhan Antioch dan pengepungan ke atas Tripoli hampir hampir mencetuskan Perang Salib kesembilan.

Mei 1271, Raja Edward I dari England dengan satu bala tentera yang besar telah tiba di Acre dan cuba bergabung dengan tentera Mongol bagi mendapatkan semula Antioch dari Baibars,


Melihatkan keadaan ini, Baibars telah menghentikan pengepungan ke atas Tripoli dan bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Raja Edward. Raja Edward kembalii ke England pada 1272 setelah berjaya meloloskan diri dari cubaan membunuhnya  oleh Baibars.

Pada tahun 1277, Baibars telah menyerang Kerajaan Seljuk Rum ( yang dikuasai oleh Mongol ) Baibars berjaya mengalahkan tentera Mongol di Pertempuran Elbistan, menawan Kota Kayseri tetapi tidak berjaya mempertahankan sebarang wilayah taklukan Baginda di Anatplia. Baibars kemudian berundur dan kembali ke Syria.

Meskipun dunia Islam menganggap beliau sebagai wira negara selama beberapa kurun, Baibars dibenci oleh dunia Kristian kerana telah memusnahkan tapak tapak suci dan melakukan pembunuhan beramairamai serta menghalau penduduk Kristian.

KEMATIAN

Baibars meninggal dunia di Damsyik pada 1 Jun 1277 akibat terminum racun dan dikebumikan di Perpustakaan Zahiriyah di Damsyik. Tempat beliau telah diambil alih oleh putera beliau bernama Al Said Nasiruddin Barakah Khan ( 1277 - 1279 ) iaitu Sultan Mamluk Dinasti Bahri yang ketujuh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan