Selasa, 9 Julai 2019

KISAH RELA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA


Kisah ini berlaku di dalam peperangan Yarmuk. Peperangan Yarmuk adalah peperangan antara Tentera Islam menentang kuasa besar Byzantine ( Rom Timur ). Ianya berlaku pada tahun 13H bersamaan 634M.

Peperangan Yarmuk merupakan peperangan paling penting dalam sejarah dunia. Ini adalah kerana ianya menandakan bermulanya

  1. kebangkitan besar dan pertama penaklukan Muslim di luar Arab
  2. penyebaran Islam ke Palestin, Syria dan Mesopatamia yang sebelum ini penduduknya beragama Kristian.


Setelah peperangan tamat dan ianya dimenangi oleh Tentera Islam, kelihatan tiga orang sahabat Rasulullah dengan badan penuh luka meminta air kehausan. Mereka adalahal
  1. Harith bin Hisyam 
  2. Ikrimah bin Abu Jahal
  3. Ayyasy bin Abi Rabi'ah.

Saat ketiganya dalam keadaan kritikal maka datanglah seorang pembawa air kepada salah seorang di antara mereka.

Ketika air diberikan kepada al Harith, dia menoleh ke arah Ikrimah yang sedang kehausan dan sangat memerlukan air maka al Harith pun berkata

“Bawakan air ini kepadanya 

Airpun beralih ke Ikrimah.
Ketika dia hendak meneguknya dilihat Ayyasy sedang menatap dirinya dengan pandangan ingin minum maka Ikrimahpun berkata kepada pembawa air

“Bawakan air ini kepadanya” 

Air beralih kepada Ayyasy.
Belum sempat meminumnya, Ayyasy telahpun syahid maka Si Pembawa air bergegas mendapatkan dua orang sahabat yang pertama dan kedua akan tetapi kedua dua sahabat ini turut syahid.


Betapa hebatnya mereka.. Sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri sendiri dalam suasana getir sebegini demi sahabat sahabat.

Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepada mereka bertiga dan para Syuhada' sekelian.

JANJI ALLAH KEPADA PARA SYUHADA´ 

💚 Firman Allah

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ  أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُون

Maksudnya
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh ( Syahid) pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka direzekikan.
Surah Al Imran ayat 169

💙💙💚💚💖💖💖💛💛💜💜