Sabtu, 5 Oktober 2019

الأنعام (BINATANG TERNAKAN)


Kaiimah الْأَنْعَامِ atau Binatang Ternak memang sudah tidak asing lagi bagi mereka yang membaca alQuran.

Di dalam AlQuran, kalimah Al An’am telah diulang sebanyak 19 kali.

Juga di dalam AlQuran terdapat satu surah khas yang diberi nama Surah Al An’am.



 💚 Firman Allah  

اللَّـهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا وَمِنْهَا تَأْكُلُون َ﴿٧٩﴾  الأنعام

Maksudnya
Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
Surah al An’am ayat 79

Sesungguhnya pada binatang ternak itu terdapat banyak pelajaran yang boleh kita ambil.

Di dalam perutnya antara tahi dan darah terdapat susu yang bersih sebagai minuman untuk kita.

 💚 Firman Allah  


نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًاسَائِغًا لِلشَّارِبِين ﴿٦٦﴾ النحل

Maksudnya
Kami memberi kamu minum dari pada apa yang dalam perutnya antara tahi dan darah sebagai susu yang bersih, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.
Surah an Nahlu ayat 66



Selain daripada itu, Allah jadikan binatang ternak sebagai kenderaan dan sumber makanan Manusia.

 💚 Firman Allah  

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ ﴿٧٢﴾ یس

Maksudnya
Dan Kami jinakkannya untuk kegunaan mereka maka sebahagian daripadanya menjadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan.
Surah Yaasin ayat 72

PERBANDINGAN MANUSIA DENGAN AL AN’AM

Bagi orang orang yang kufur dengan ayat ayat Allah, Allah umpamakan mereka seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat dari binatang ternak. 

 💚 Firman Allah  

أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat, mereka itulah orang-orang yang lalai.
Surah al A’raf ayat 179

Ini adalah kerana mereka...

 💚 Firman Allah  

لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا َۚ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
Bagi mereka Jantung, mereka tidak memahami dengannya, bagi mereka mata, mereka tidak melihat dengannya dan bagi mereka telinga mereka tidak mendengar dengannya
Surah al A’raf ayat 179

Dalam Surah al Anfal ayat 22, Allah menyifatkan mereka seburuk buruk binatang melata.

 💚 Firman Allah  

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللَّـهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ ﴿٢٢﴾ الانفال
Maksudnya
Sesungguhnya seburuk buruk binatang melata di sisi Allah adalah orang-orang yang pekak lagi bisu yang tidak memahami ayat ayat Allah
Surah al Anfal ayat 22



Seandainya khinzir pada kita adalah haiwan yang paling jijik tetapi pada Allah Orang orang yang kufur dengan ayat ayat Allah adalah lebih jijik dari Khinzir.

Sebagai mana yang kita ketahui bahawa tabiat hidup Khinzir suka kepada benda benda yang kotor.

Begitu juga keadaan orang orang yang kufur kepada Allah, mereka lebih “cintakan” hidup di dalam kesesatan daripada mengikut petunjuk Allah.

Oleh yang demikian, terserahlah kepada Anda untuk meletakkan di manakah HARGA DIRI ANDA yang sebenarnya.

Maka fikir fikirkanlah

والله أعلم

💙💙💚💚💖💖💖💛💛💜💜