Selasa, 28 Januari 2020

AIR SUMBER KEHIDUPAN MANUSIA


Air amat penting dalam kehidupan samada kepada manusia, tumbuh tumbuhan mahupun makhluk yang melata di muka bumi Allah ini.

 💖 Firman Allah  

وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِكُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ﴿٣٠﴾ الأنبياء

Maksudnya
Dan Kami jadikan dari air, setiap sesuatu itu hidup
Surah al Anbiya` ayat 30

Tanpa air, bumi akan kering kontang. pokok pokok akan mati.

 💖 Firman Allah  

وَاللَّـهُ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ﴿٦٥﴾ النحل

Maksudnya
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu ia menghidupkan bumi yang telah mati.
Surah an Nahl ayat 65




Di sini Allah tanya kita tentang air yang kita minum ...

 💖 Firman Allah  

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾ الواقعة

Maksudnya
Apakah pendapat kamu tentang air yang kamu minum?
Surah al Waaqiah ayat 68

Adakah kamu yang menurunkannya ?

 💖 Firman Allah  

أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ 
   ٦٩ الواقعة﴿

Maksudnya
Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya?
Surah al Waaqiah ayat 69

Jika kita tanya kepada selurug umat manusia Siapakah yang menurunkan hujan sudah pasti mereka akan mengatan ALLAH

 💖 Firman Allah  

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّـهُ َۚ ﴿٦٣﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan jika engkau bertanya kepada mereka Siapakah yang menurunkan hujan dari langit lalu Ia hidupkan dengannya bumi sesudah matinya Sudah pasti mereka akan menjawab: "Allah".
Surah An Ankabut ayat 63



Dan sekiranya Allah mahu, sudah pasti Ia jadikannya masin

 💖 Firman Allah  

لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ ﴿٧٠﴾ الواقعة

Maksudnya
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur
Surah al Waqiah ayat 70

atau Allah biarkan ianya kering dan meresap masuk ke dalam bumi maka siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan air yang mengalir?.

 💖 Firman Allah  

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ ﴿٣٠﴾ الملك

Maksudnya
Katakanlah, Apakah pendapat kamu jika Allah jadikan air kamu hilang lenyap ditelan bumi, maka siapakah yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?.
Surah al Mulk ayat 30

Justeru itu...

 💖 Firman Allah  

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣﴾ الرحمٰن

Maksudnya
Maka yang mana satukah daripada nikmat nikmat tuhan kamu yang hendak kamu dustakan?
Surah ar Rahman ayat 13

Fikir fikirkanlah

💚💛💙💖💚💛💙💖