Jumaat, 4 Ogos 2017

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG

Xinjiang adalah satu wilayah di dalam Negara China yang bersempadan dengan Mongolia, Kazakhstan, Rusia, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan dan India.

Wilayah ini asalnya adalah termasuk di dalam wilayah Turkestan ( tanah orang Turk ) yang terletak di sebelah timur. Majoriti penduduknya adalah dari etnik Uyghur yang beragama Islam.

Maka mereka mempunyai banyak persamaan dari segi kebudayaan, bahasa dan agama dengan masyarakat  Tutki dan negara negara di Asia Tengah berbanding Negara China.


 :  : SEJARAH AWAL XINJIANG   

Pada kurun ke-17, Rusia dan China telah melakukan penjajahan di kawasan sekitarnya, maka Turkestan telah dibahagikan kepada dua iaitu
  • Turkestan Barat  
  • Turkestan Timur.

Turkestan Barat dijajah oleh Rusia sejak 1865 dan telah dibahagikan kepada 5 wilayah republik pada 1922 iaitu
  1. Uzeebekistan, 
  2. Kazakhstan, 
  3. Kyrgyzstan, 
  4. Turkmenistan  
  5. Tajikistan.


Adapun Turkestan Timur pula dijajah oleh China dan diberi nama Xinjiang yang bermakna "tanah jajahan baru".

Pada tahun 1949, wilayah ini telah mengisytiharkan kemerdekaanny dari China dan menamakannya sebagai negara  TURKESTAN TIMUR.

Namun pada tahun yang sama, mereka telah dijajah semula oleh China dibawah pemerintahan Rejim Komunis.

Sungguhpun diberi kuasa otonomi, namun mereka tidak benar bebas malahan mereka menghadapi tekanan dan pembersihan etnik, budaya, bahasa dan agama dari pemerintah China.  Mereka dilarang keras mengamalkan ajaran Islam.

Populasi masyarakat Muslim Uyghur mengikut statistik rasmi Kerajaan China pada tahun 1990 hanyalah 10 juta.  Namun menurut bancian sebuah badan bebas menunjukkan jumlah mereka adalah 25 juta.


Selain daripaa etnik Uyghur, terdapat dua lagi etnik bangsa Cina turut tinggal di sini iaitu
  • Etnik Han ( 41% )
  • Etnik Hui  (  5% ).

Tidak seperti etnik Uyghur, etnik Hui yang kebanyakan mereka beragama Islam, telah mendapat layanan istimewa dari pemerintah China.



KEBANGKITAN MASYARAKAT UYGHUR

Kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1990 dan kemunculan negara - negara Muslim di Asia Tengah telah memberikan inspirasi kepada masyarakat Uyghur untuk bangkit menentang pendudukan China atas bumi mereka, namun cubaan mereka berjaya dipatahkan.

Sejumlah besar tentera telah ditempatkan bagi menguatkan lagi penguasaan dan cengkaman China ke atas Turkestan Timur.


BACA LAGI.....

www.annajahcemerlang.blogspot.com

Ahad, 2 Julai 2017

AIR ADALAH SUMBER KEHIDUPAN MANUSIA


Maha Suci Allah, Tuhan yang menurunkan air hujan lalu menghidupkan bumi yang mati

 Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ﴿٦٥﴾ النحل

Maksudnya
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu ia menghidupkan bumi yang telah mati.
Surah an Nahl ayat 65

 Firman Allah  

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ﴿٣٩﴾ فصلت

Maksudnya
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau lihat bumi ini dalam keadaan tandus maka apabila Kami menurunkan atasnya hujan maka bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya.
Surah 'Fusilat ayat 39

PERANAN AIR DALAM KEHIDUPAN MAKHLUK

Air amat penting dalam kehidupan manusia dan makhluk makhluk Allah di muka bumi.

 Firman Allah  

وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِكُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ﴿٣٠﴾ الأنبياء

Maksudnya
Dan Kami jadikan dari air, setiap sesuatu itu hidup
Surah al Anbiya` ayat 30

Dari air hujan, manusia jadikannya sebagai minuman dan selebihnya untuk memasak, membasuh dan menyiram tumbuh tumbuhan.


Di sini Allah tanya kita tentang air yang kita minum ...

 Firman Allah  

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾ الواقعة

Maksudnya
Apakah pendapat kamu tentang air yang kamu minum?
Surah al Waaqiah ayat 68

Adakah kamu yang menurunkannya ?

 Firman Allah  


أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ 
   ٦٩ الواقعة﴿

Maksudnya
Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya?
Surah al Waaqiah ayat 69

Sekiranya Allah mahu, sudah pasti Ia jadikannya lenyap ditelan bumi

 Firman Allah 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ ﴿٣٠﴾ الملك

Maksudnya
Katakanlah, Apakah pendapat kamu jika Allah jadikan air kamu hilang lenyap ditelan bumi, maka siapakah yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?.
Surah al Mulk ayat 30


Begitu banyak sekali nikmat Allah kepada manusia Maka mana satukah dari nikmat nikmat Allah yang hendak kita dustakan ..

  Firman Allah 

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣﴾ الرحمن

Maksudnya
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ?
Surah ar Rahman ayat 13

Oleh yang demikian...
Kenapa kita mesti sombong dengan Allah.
Fikir fikirkanlah

💚💛💙💖💚💛💙💖