Sabtu, 5 Oktober 2019

الأنعام (BINATANG TERNAKAN)


Kaiimah الْأَنْعَامِ atau Binatang Ternak memang sudah tidak asing lagi bagi mereka yang membaca alQuran.

Di dalam AlQuran, kalimah Al An’am telah diulang sebanyak 19 kali.

Juga di dalam AlQuran terdapat satu surah khas yang diberi nama Surah Al An’am.



 💚 Firman Allah  

اللَّـهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا وَمِنْهَا تَأْكُلُون َ﴿٧٩﴾  الأنعام

Maksudnya
Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
Surah al An’am ayat 79

Sesungguhnya pada binatang ternak itu terdapat banyak pelajaran yang boleh kita ambil.

Di dalam perutnya antara tahi dan darah terdapat susu yang bersih sebagai minuman untuk kita.

 💚 Firman Allah  


نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًاسَائِغًا لِلشَّارِبِين ﴿٦٦﴾ النحل

Maksudnya
Kami memberi kamu minum dari pada apa yang dalam perutnya antara tahi dan darah sebagai susu yang bersih, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.
Surah an Nahlu ayat 66



Selain daripada itu, Allah jadikan binatang ternak sebagai kenderaan dan sumber makanan Manusia.

 💚 Firman Allah  

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ ﴿٧٢﴾ یس

Maksudnya
Dan Kami jinakkannya untuk kegunaan mereka maka sebahagian daripadanya menjadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan.
Surah Yaasin ayat 72

PERBANDINGAN MANUSIA DENGAN AL AN’AM

Bagi orang orang yang kufur dengan ayat ayat Allah, Allah umpamakan mereka seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat dari binatang ternak. 

 💚 Firman Allah  

أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat, mereka itulah orang-orang yang lalai.
Surah al A’raf ayat 179

Ini adalah kerana mereka...

 💚 Firman Allah  

لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا َۚ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
Bagi mereka Jantung, mereka tidak memahami dengannya, bagi mereka mata, mereka tidak melihat dengannya dan bagi mereka telinga mereka tidak mendengar dengannya
Surah al A’raf ayat 179

Dalam Surah al Anfal ayat 22, Allah menyifatkan mereka seburuk buruk binatang melata.

 💚 Firman Allah  

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللَّـهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ ﴿٢٢﴾ الانفال
Maksudnya
Sesungguhnya seburuk buruk binatang melata di sisi Allah adalah orang-orang yang pekak lagi bisu yang tidak memahami ayat ayat Allah
Surah al Anfal ayat 22



Seandainya khinzir pada kita adalah haiwan yang paling jijik tetapi pada Allah Orang orang yang kufur dengan ayat ayat Allah adalah lebih jijik dari Khinzir.

Sebagai mana yang kita ketahui bahawa tabiat hidup Khinzir suka kepada benda benda yang kotor.

Begitu juga keadaan orang orang yang kufur kepada Allah, mereka lebih “cintakan” hidup di dalam kesesatan daripada mengikut petunjuk Allah.

Oleh yang demikian, terserahlah kepada Anda untuk meletakkan di manakah HARGA DIRI ANDA yang sebenarnya.

Maka fikir fikirkanlah

والله أعلم

💙💙💚💚💖💖💖💛💛💜💜

Jumaat, 16 Ogos 2019

ANGIN - RAHMAT BERTUKAR AZAB




Sesungguhnya pada penciptaan angit danbumi serta perselisihan siang dan malam merupakan tanda tanda kekuasaan Allah.

Begitu juga dengan peredaran angin yang terawang awang antara langit dan bumi.

 💚 Firman Allah  

وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan peredaran angin dan awan yang terapung-apung antara langit dengan bumi adalah tanda tanda kekuasaan Allah  bagi kaum yang berfikir
Surah al Baqarah ayat 164

ANGIN MEMBAWA RAHMAT KEPADA MANUSIA

 💚 Firman Allah  

وَمِنْ آيَاتِهِ أَن يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحْمَتِهِ ﴿٤٦﴾ الروم

Maksudnya
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya bahawa Ia mengutuskan angin sebagai pembawa berita gembira dan supaya kamu merasakan dari rahmatNya.
Surah ar Rum ayat 46

Selain daripada menggerakkan kapal kapal belayar di lautan, angin juga berfungsi membawa air dan  benih dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

 💚 Firman Allah  

وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنْتُمْ لَهُ بِخَازِنِين َ﴿٢٢﴾ الحجر

Maksudnya
Dan Kami telah meniupkan angin untuk membawa benih dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.
Surah al Hijr ayat 22

Namun begitu...
angin akan bertukar menjadi bencana bila mana Manusia mulai kufur dengan perintah Allah.



KAUM AAD DIBINASAKAN DENGAN ANGIN

Kaum Aad adalah kaum Nabi Hud a.s. iaitu penduduk kota Iram yang mempunyai bangunan bangunan yang tinggi.

 💚 Firman Allah  

 ارَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ ﴿٧﴾ الفجر

Maksudnya
Penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi.
Surah al fajr ayat 7

Ketika itu tiada satu bangsa pun yang dapat menandingi ketamadunan kaum Aad.

 💚 Firman Allah  

الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ ﴿٨﴾ الفجر

Maksudnya
Yang belum pernah diciptakan seumpamanya di seluruh negeri : :
Surah al fajr ayat 8

Kemajuan kaum Aad telah menjadikan mereka sombong.

 💚 Firman Allah  

وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً َ ﴿١٥﴾ فصلت

Maksudnya
Mereka berkata, Siapakah yang lebih kuat daripada kami?
Surah Fusilat ayat 15

Di atas kekufuran dan dosa dosa yang mereka lakukan maka Allah telah membinasakan mereka

 💚 Firman Allah  


إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا فِي يَوْمِ نَحْسٍ مُّسْتَمِرٍّ ﴿١٩﴾ تَنزِعُ النَّاسَ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ مُّنقَعِرٍ ﴿٢٠﴾ القمر

Maksudnya
Sesungguhnya Kami telah utuskan kepada mereka angin yang kencang berterusan pada hari nahas ❐ Ia menerbangkan manusia seolah olah mereka batang batang kurma yang tercabut 
Surah al Qamar ayat 19 - 20

Berterusan selama tujuh malam lapan hari

 💚 Firman Allah  

سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ ﴿٧﴾الحاقة

Maksudnya
Yang bertiup selama tujuh malam lapan hari terus-menerus maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati seolah - olah mereka seperti batang-batang pohon kurma yang tercabut.
Surah al Haqqah ayat 7


💚💙💖💛💜
PENUTUP
💜💛💚💙💖💙💚💛💜

Angin merupakan rahmat Allah kepada umat Manusia.

Namun begitu, sekiranya Manusia kufur, Allah akan gantikan rahmat ini kepada bencana dan azab yang teramat keras.
  
 💚 Firman Allah  

وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِن بَعْدِ نُوحٍ ۗوَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا ﴿١٧﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan berapa banyak umat-umat sesudah Nabi Nuh kami binasakan dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan dosa dosa hambaNya Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.
Surah al Isra’ ayat 17


والله اعلم

💜💛💚💙💖💖💖💙💚💛💜

Selasa, 9 Julai 2019

KISAH RELA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA


Kisah ini berlaku di dalam peperangan Yarmuk. Peperangan Yarmuk adalah peperangan antara Tentera Islam menentang kuasa besar Byzantine ( Rom Timur ). Ianya berlaku pada tahun 13H bersamaan 634M.

Peperangan Yarmuk merupakan peperangan paling penting dalam sejarah dunia. Ini adalah kerana ianya menandakan bermulanya

  1. kebangkitan besar dan pertama penaklukan Muslim di luar Arab
  2. penyebaran Islam ke Palestin, Syria dan Mesopatamia yang sebelum ini penduduknya beragama Kristian.


Setelah peperangan tamat dan ianya dimenangi oleh Tentera Islam, kelihatan tiga orang sahabat Rasulullah dengan badan penuh luka meminta air kehausan. Mereka adalahal
  1. Harith bin Hisyam 
  2. Ikrimah bin Abu Jahal
  3. Ayyasy bin Abi Rabi'ah.

Saat ketiganya dalam keadaan kritikal maka datanglah seorang pembawa air kepada salah seorang di antara mereka.

Ketika air diberikan kepada al Harith, dia menoleh ke arah Ikrimah yang sedang kehausan dan sangat memerlukan air maka al Harith pun berkata

“Bawakan air ini kepadanya 

Airpun beralih ke Ikrimah.
Ketika dia hendak meneguknya dilihat Ayyasy sedang menatap dirinya dengan pandangan ingin minum maka Ikrimahpun berkata kepada pembawa air

“Bawakan air ini kepadanya” 

Air beralih kepada Ayyasy.
Belum sempat meminumnya, Ayyasy telahpun syahid maka Si Pembawa air bergegas mendapatkan dua orang sahabat yang pertama dan kedua akan tetapi kedua dua sahabat ini turut syahid.


Betapa hebatnya mereka.. Sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri sendiri dalam suasana getir sebegini demi sahabat sahabat.

Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepada mereka bertiga dan para Syuhada' sekelian.

JANJI ALLAH KEPADA PARA SYUHADA´ 

💚 Firman Allah

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ  أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُون

Maksudnya
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh ( Syahid) pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka direzekikan.
Surah Al Imran ayat 169

💙💙💚💚💖💖💖💛💛💜💜

Isnin, 27 Mei 2019

ANTARA HAK ALLAH DAN HAK IBUBAPA


Allah memerintahkan kita di dalam AlQuran supaya kita meyembahNya, tidak mensyrikkanNya dan berbuat baik kepada kedua orang tua.
  
 💜 Firman Allah 

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ﴿٣٦﴾ النساء

Maksudnya
 Dan sembahlah kamu akan Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Surah an Nisa'  ayat 36

 💜 Firman Allah


وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ﴿٨﴾ العنكبوت

Maksudnya
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya
Surah al 'Ankabut ayat 8

Berkatalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia
  
 💜 Firman Allah 

 وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا {٢٣﴾ الإسراء  

Maksudnya
Dan katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Surah al  Isra' ayat 23

Kita dilarang sama sekali mengherdik atau menyergah mereka. mereka

 💜 Firman Allah 

إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا ﴿٢٣﴾ الإسراء

Maksudnya
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan kamu maka janganlah engkau berkata "AH " kepada mereka dan janganlah engkau menengking mereka
Surah al  Isra' ayat 23

Malah kita dituntut untuk mendoakan mereka



Andai kata berlaku pertembungan antara ketaatan kepada ibubapa dan maksiat kepada Allah maka yang mana satukah perlu diutamakan.

 💜 Firman Allah 
  
وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ﴿٨﴾ العنكبوت

Maksudnya
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak tahu mengenainya, maka jangan engkau taat kepada mereka. 
Surah al 'Ankabut ayat 8

Sungguhpun demikian, kita diajar supaya bersahabat dengan mereka ...

 💜 Firman Allah 


َوَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٥﴾ لقمان

Maksudnya
Dan bersahabatlah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu maka Aku khabarkan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman  ayat 15

Dalam perkara ini kita kena utamakan hak Allah terlebih dahulu.

 💚 Sabda Rasulullah 

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِيْ مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ إِنَّمَا الطَّاعَةَ فِي الْمَعْرُوْفِ

Maksudnya
Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu dalam kebaikan.

HR. Al-Bukhari dan Muslim dari  ‘Ali bin Abi Talib r.a.


💜💛💚💙💖💖💜💛💚💙