Ahad, 15 Februari 2015

DINASTI SELJUK AGUNG



Dinasti Seljuk merupakan sebuah empayar Islam Parsi pada zaman Pertengahan. Dinasti Seljuk  pada suatu ketika pernah menguasai kawasan kuas terbentang dari Hindhu Kush  ke Timur Anatolia dan dari Asia Tengah ke Teluk Parsi.

SEJARAH AWAL DINASTI SELJUK AGUNG

Kerajaan Seljuk dinisbahkan kepada Seljuk bin Tuqaq, iaitu anak kepada pemimpin suku Oghus ( Ghuzz atau Oxus ) yang menguasai wilayah Turkistan.

Seljuk bin Tuqaq pernah menjadi panglima Empayar Oghur yang menguasai selatan Lembah Tahrim dengan menjadikan Kashgar sebagai ibukotanya.

Seljuk bin Tuqaq telah melarikan diri ke Jundi ( Jand ) setelah mengetahui rancangan jahat Permaisuri Ughur untuk membunuhnya.


Terkesan dengan kebaikan Amir Abd al Malik bin Nuh, Seljuk bin Tuqaq dan pengikutnya memeluk Islam aliran Sunni sesuai dengan yang dianut oleh masyarakat setempat.

Seljuk bin Tuqaq telah membantu Amir Abd al Malik mempertahankan Dinasti Samaniyah dari serangan serangan Dinasti Ughur.

Setelah kewafatan Seljuk bin Tuqaq , pimpinan suku telah dipegang oleh Mikail iaitu putera kepada Seljuk bin Tuqaq.

Seljuk Agung juga di kenali sebagai Seljuk Besar atau Seljuk Raya. Dinamaka demikian kerana menguasai sebahagian besar empayar Seljuk di Khurasan, Ray, Jabal, Iraq, Parsi dan Ahwaz. .

PEMERINTAH DINASTI SELJUK AGUNG

TOGHRUL BEG ( 1037 - 1063 )

Toghrul Beg  ( Bey Toghrul ) dan saudaranya Chaghri Beg ( Bey Chagri )  merupakan anak kepada Mikail dan cucu kepada Seljuk bin Tuqaq.. Dibawah pmpinan Toghrul Beg dan Chagri Beg, Dinasti Seljuk telah berjaya menguasai Naisaphur, Balkh, Jurjan, Ray, Tabaristann Esfahan, Merv ( ibukota Khurasan ) , Dailam dan Karman.

Pada 1037 ketika empayar Samaniah mulai lemah, Toghrul Beg mengisytiharkan penubuhan Dinasti Seljuk dan seterusnya pada 23 Mei 1040, Toghrul Beg berjaya mengalahkan Mahmud Ghazna dalam Pertempuran Dandanagan serta berjaya menawan Ghazni iaitu  ibukota Ghaznawiah.



KEMUNCULAN DINASTI SELJUK DI BAGHDAD

Hubungan baik dengan Daulah Bani Abbasiyah terjalin setelah Tughrul Beg berjaya membunuh Arselan al Basasiri iaitu panglima kepada amir al Umara al Malik Ar Rahim yang merampas kuasa dari Khalifah Al Qa'im ( 1031 - 1075 ).

Khalifah al Qa'im telah memberi gelaran "al muluk"  dan " Raja Timur dan Barat " kepada Tughrul Beg.

Toghrul Beg wafat pada 4 September 1063 dan dikebumikan di Ray, Iran. Tempatnya diambil alih oleh Alp Arselan iaitu anak saudaranya.

ALP ARSELAN ( 1063 - 1072 )

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Daud Chagri Beg telah dilahirkan pada 1029. Kerana keberaniannya semasa berperang beliau telah mendapat jolokan Alp Arselan  yang bererti " singa yang berani" dalam bahasa Turki.

Beliau telah memperluaskan Empayar Seljuk hingga ke Armenia dan Gorgia pada tahun 1064. Seterusnya pada tahun 1068  Alp Arselan telah menyerang Empayar Byzantine dan berjaya menawan Anatolia.


Alp Arselan wafat pada 1072 dan dikebumikan di Merv, Turkistan. Tempatnya digantikan oleh Sultan Malik Shah, putera Alp Arselan.

SULTAN MALIK SHAH ( 1072 - 1092 )

Dibawah pemerintahan Sultan Malik Shah, empayar Seljuk terus berkembang dari Iran di Timur hingga ke sempadan empayar Byzantine di Barat. Ibu kota Seljuk di Ray telah dipindahkan ke Esfahan.

Pada tahun 1075, Sultan Malik Shah telah membebaskan Syam dan menjadikannya sebagai wilayah takluk Empayar Sejuk. Sultan Malik Shah telah melantik Tutush iaitu anak Alp Arselan sebagai amir di Syam.

Pada 1077, Khawarizmi berjaya dibebaskan dari penguasaan Dinasti Ghaznawiah. Sultan Malik Shah telah melantik Amush Tigin Gharcai sebagai gabenur di wilayah Khawarizmi

MEMERANGI PUAK PELAMPAU SYIAH

Antaranya ialah Angkatan bersenjata Hasan Sabah, Bani Illikhiyah ( 1090 ) dan Qaramithah. Qaramithah adalah satu cabang penting Syiah yang sangat ganas dalam peperangan.

Mahmud I telah mengambil alih pemerintahan setelah kewafatan Sultan Malik Shah pada 1092.


Empayar Seljuk berpecah belah setelah kewafatan Ahmad Sanjar pada tahun 1157. Peluang ini telah dimanfaatkan penguasa Khawarizmi untuk mengembangkan wilayah kekuasaan Khawarizmi ke selatan.

Pada 1194, Takash bin Il Arselan iaitu Shah bagi empayar Khawarizmi (1172 -1190) telah berjaya mengalahkan Tentera Seljuk yang membawa kepada keruntuhan Dinasti Seljuk.

Semua wilayah wilayah Seljuk di Anatolia kecuali Kesultanan Seljuk Rum ( di Barat ) telah jatuh ke tangan Tentera Khawarizmi.


Bersambung .....
KESULTANAN SELJUK RUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan