2.15.2015

DINASTI SELJUK AGUNG



Dinasti Seljuk merupakan sebuah empayar Islam Parsi pada zaman Pertengahan. Dinasti Seljuk  pada suatu ketika pernah menguasai kawasan kuas terbebtang dari Hindhu Kush  ke Timur Anatolia dan dari Asia Tengah ke Teluk Parsi.

SEJARAH AWAL DINASTI SELJUK

Kerajaan Seljuk dinisbahkan kepada Seljuk bin Tuqaq, iaitu anak kepada pemimpin suku Oghus ( Ghuzz atau Oxus ) yang menguasai wilayah Turkistan.

Seljuk bin Tuqaq pernah menjadi panglima Empayar Oghur yang menguasai selatan Lembah Tahrim dengan menjadikan Kashgar sebagai ibukotanya.

Seljuk bin Tuqaq melarikan diri ke Jundi ( Jand ) setelah mengetahui rancangan jahat Permaisuri Ughur untuk membunuhnya.


Terkesan dengan kebaikan Amir Abd al Malik bin Nuh, Seljuk bin Tuqaq dan pengikutnya memeluk Islam aliran Sunni sesuai dengan yang dianut oleh masyarakat setempat.

Seljuk bin Tuqaq membalas kebaikan amir Abd al Malik ibn Nuh dengan membantunya mempertahankan Dinasti Samaniyah dari serangan serangan Dinasti Ughur. Setelah kewafatan Seljuk bin Tuqaq , pimpinan suku telah dipegang oleh Mikail iaitu putera kepada Seljuk bin Tuqaq namun ia terut terbunuh ketika menentang Dinasti Ghaznawiyah yang ingin merebut Khurasan dari Dinasti Samaniyah.

Seljuk Agung juga di kenali  sebagai Seljuk Besar atau Seljuk Raya. Dinamaka demikian kerana menguasai sebahagian besar empayar Seljuk di Khurasan, Ray, Jabal, Iraq, Parsi dan Ahwaz. .

PEMERINTAH DINASTI SELJUK BESAR @ SELJUK RAYA

TOGHRUL BEG ( 1037 - 1063 )

Toghrul Beg  ( Bey Toghrul ) dan saudaranya Chaghri Beg ( Bey Chagri )  merupakan anak kepada Mikail dan cucu kepada Seljuk bin Tuqaq.. Dibawah pmpinan Toghrul Beg  dan Chagri Beg, Dinasti Seljuk telah berjaya menguasai Naisaphur, Balkh, Jurjan, Ray, Tabaristann Esfahan., Merv ( ibukota Khurasan ) , Dailam dan Karman.

{ada 1037ketika empayar Samaniah mulai lemah, Toghrul Beg mengisytiharkan penubuhan Dinasti Seljuk dan seterusnya pada 23 Mei 1040, Toghrul Beg berjaya mengalahkan Mahmud Ghazna dalam Pertempuran Dandanagan serta berjaya menawan Ghazni iaitu  ibukota Ghaznawiah.



KEMUNCULAN DINASTI SELJUK DI BAGHDAD

Di Baghdad tBani Buwaihiyah telah melakukan  terhadap khalifah  Bani Abbasiah. Arselan al Basasiri iaitu panglima kepada  amir al Umara al Malik Ar Rahim telah merampas kuasa. Dengan kekuasaan yang ada, beliau telah berbuat sewenang wenangnya terhadap Khalifah Al Qa'im.

Melihat keadaan ini, Khalifah Al Qa'im ( 1031 - 1075 ) telah meminta bantuan Tughrul Beg yang sedang berkuasa di Jibal.Pada 18 Disember 1055, Tughrul Beg telah memasuki Baghdad dan berjaya  menewaskan dan membunuh Arselan al Basasiri.

Dengan ini maka kekuasaan Khalifah al Qa'im dipulihkan dan pemerintahan Dinasti Buwaihiyah telah ditamatkan.  Khalifah al Qa'im telah memberi gelaran "al muluk"  dan " Raja Timur dan Barat " kepada Tughrul Beg.Hubungan baik dan kerjasama dua kerajaan mulai terjalin setelah Tughrul Beg mengahwini Sayyedah Fatima puteri Khalifah alQa'im.

Pada 4 September 1063 bersamaan 455H, Toghrul Beg wafat dan dikebumikan di Ray, Iran. Oleh kerana Tughrul Beg tidak meninggalkan pewaris maka tempatnya diambol alih oleh anak saudaranya Alp Arselan bin Dawud bin Mikail bin Seljuk.

ALP ARSELAN ( 1063 - 1072 )

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Daud Chagr Beg telah dilahirkan pada 1029.Kerana keberaniannya semasa berperang  dan kemahiran dirinya  ketika bertempur, beliau telah mendapat jolokan Alp Arselan  yang beerti "seekor singa yang berani" dalam bahasa Turki.

Dalam menjalankan pemerintahannya, beliau telah dibantu oleh Nizam al Muluk seorang negarawan yang paling cekap. Beliau telah memperluaskan Empayar Seljuk hingga ke Armenia dan Gorgia pada tahun 1064. Seterusnya pada tahun 1068  Alp Arselan telah menyerang Empayar Byzantine dan berjaya menawan Anatolia.


Alp Arselan wafat pada tahun 1072 dan dikebumikan di Merv, Turkistan. Tempatnya digantikan oleh Sultan Malik Shah, putera dan pewaris Alp Arselan.

SULTAN MALIK SHAH ( 1072 - 1092 )

Dibawah pemerintahan Malik Shah bersama sama dengan dua wazir Parsi ( Nizam al Mulk dan Taj al Mulk ) empayar Seljuk terus berkembang dari Iran di Timur hingga ke sempadan empayar Byzantine di Barat. Di sepanjang dua puluh tahun pemerintahan, beliau telah memindahkan ibukota Seljuk di Ray ke Esfahan.

Pada tahun 1075, Sultan Malik Shah telah membebaskan  Syam  dan menjadikannya sebagai  wilayah takluk Empayar Sejuk dengan status otonomi luas. Sultan Malik Shah telah melantik Tutush iaitu  anak Alp Arselan sebagai amir ( ketua ) di Syam ( Kerajaan Seljuk Syria ).Pada tahun 1087, Khalifah Bani Abbasiyyah - Khalifah al Muqtadi ( 1075 - 1094 ) telah memberi gelaran "Sultan Timur dan Barat" kepada Sultan Malik Shah.

MEMERANGI PUAK PELAMPAU SYIAH

1. Memerangi angkatan bersenjata Hasan Sabah yangyang bertanggungjawab membunuh ramai tokoh tokoh penting Kerajaan Seljuk
2. Membebaskan Transoxsiana dari cengkaman Bani Illikhiyah pada tahun 1090
3. Membebaskan Hijaz dan Yaman dari kekuasaan Kelompok Qaramithah sejak dari  tahun 899. Qaramithah adalah satu cabang penting Syiah yang sangat ganas dalam peperangan.

 Sultan Malik Shah wafat pada 1092 dan tempatnya digantikan oeh Mahmud I.Berikut adalah senarai Sultan yang memerintah Kerajaan Seljuk sehingga tahun 1157.


Pada 1077 iaitu semasa pemerintahan Sultan Malik Shah ( 1072 - 1092 ) ,   Tentera Seljuk berjaya membebaskan bumi Khawarizmi dari penguasaan Dinasti Ghaznawiah. Sultan Malik Shah telah melantik Amush Tigin Gharcai sebagai gabenur di wilayah Khawarizmi.

Empayar Seljuk berpecah belah setelah kewafatan Ahmad Sanjar pada tahun 1157.  Peluang ini telah dimanfaatkan penuasa Khawarizmi untuk mengembangkan wilayah kekuasaan Khawarizmi ke selatan.

Pada 1194, Takash bin Il Arselan ( Shah Abul Ala ad Dunya wa ad Din Abul Muzaffar ' ) iaitu Shah bagi empayar Khawarizmi  ( 1172 - 1190 ) telah berjaya mengalahkan Tentera Seljuk di bawah pimpinan Tughrul III yang membawa kepada keruntuhan Dinasti Seljuk. Semua wilayah ilayah Seljuk di Anatolia kecuali Kesultanan Seljuk Rum telah jatuh ke tangan Tentera Khawarizmi.


Pada 1200, Takash meninggal dunia dan tempatnya digantikan oleh puteranya 'Ala ad Dunya wa ad Din Muhammad ibn Takash Abu Fath ( 1200 - 1220 ) yang lebih dikenali dengan gelaran Shah Khawarizmi.

Semasa pemerintahan Shah Khawarizmi , seluruh kekuasaan Seljuk Raya ( Seljuk Besar / Seljuk gung ) berjaya dirampas. Dengan ini maka berkuburlah keagungan dan kekuasaan Dinasti Seljuk melainkan swilayah wilayah yang ditadbir oleh Kesultanan Seljuk Rum di Anatolia Barat.

2.13.2015

KESULTANAN SELJUK RUM


MUQADDIMAH

Semasa pemerintahan Sultan Malik Shah ( 1072 - 1092 ), wilayah kekuasaan Dinasti Seljuk meliputi dari Kashgor ( sebuah daerah di Turki ) hingga ke Jeusalem. Untuk mengukuhkan lagi kedeudukan Dinasti Seljuk, Sultan Malik Shah memberi kuasa otonomi kepada keluarga Diraja Seljuk untuk memtadbir wilayah wilayah yang terbentang luas ini. Dengan ini maka terbentuklah Kerajaan kerajaan kerajaan kecil Dinasti Seljuk antaranya Kesultanan Seljuk Rum.

KESULTANAN SELJUK RUM

Kesultanan Seljuk Rum atau   telah diasaskan oleh Sulaiman bin  Qutulmish bin Israil ( Arselan ) bin Seljuk pada 1077.  Dinamakan  Kesultanan Seljuk Rum kerana kerajaan ini didirikan di  atas wilayah takluk Empayar Rum ( Rum  Timur )  atau Byzantine.

Selain daripada itu,kerajaan ini juga dikenali sebagai Kesultanan Turki Seljuk / Kesultanan Konya / Kesultanan Iconim dengan menjadikan Iznik ( Nicaea ) dan Konya sebagai ibunegara.

SEJARAH PENUBUHAN 

Pada 1071, Alp Arselan telah berjaya mengalahkan Terntera Byzantine  ( juaga dikenali sebagai Rum Timur ) dalam Pertempuran Manzikert.. Sulaiman bin Qutulmish yang dilantik sebagai komander berjaya menguasai barat Anatolia dan bandar bandar Byzantine seperti Iznik ( Nicaea ) dan Nicomedia ( Izmit ) pada 1075.

 Kemenangan ini sekaligus membuka peluang bagi gerakan Penturkian ( Turkification ) di Asia Minor. Gerakan ini dimulai dengan pengangkatan Sulaiman bin Qutulmish sebagai gabenor.

PEMERINTAH KESULTANAN SELJUK RUM

SULAIMAN BIN qUTULMISH ( 1077 - 1086 )

Sulaiman adalah putera kepada Qutumish yang tidak berjaya menentang sepupunya  Alp Arselan dalam merebut kekuasaan Dinasti Seljuk Raya.. Apabila Qutulmish meninggal dunia pada 1077, Sulaiman  telah melarikan diri bersama tiga saudaranya  ke  Pergunungan Taurus  dan meminta perlindungan dari suku Turki.

Beliau telah mengasaskan Kerajaan Seljuk Turki yang merdeka di Anatolia dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Seljuk Rum yang memerintah dari 1077 hingga 1086.. Sulaiman telah dibunuh oleh Tutush ( pemerintah Seljuk Syria  dari 1085 - 1086 )  di Antioch ketika cuba meluaskan kekuasaannya ke atas Kerajaan Seljuk Syria.


Anak Sulaiman, Khilij Arselan telah ditangkap dan dijadikan tebusan di Khurasan. Pemerintahan Seljuk Rum diambil alih oleh Abul Qasim dari tahun 1086 hingga 1092Apabila Sultan Seljuk Raya  wahat ( Sultan Malik Shah wafat ) pada tahun 1092 , Khilij Arselan menubuhkan Dinasti Kesultan Seljuk Rum. 



Bermula dari tahun 1246, Kesultanan Seljuk Rum  mulai lemah.Perpecahan dan perebutan kuasa antara pemimpin Seljuk telah membawa kepada keruntuhan kerajaan ini pada tahun 1307


Keadaan bergolak dan tidak stabil ini telah digunakan sepenuhnya oleh Uthman bin Ertughud mengasaskan Kerajaan Uthmaniah Turki di Aantolia iaitu  wilayahdan tanah jajahan Kesultanan Seljuk Rum. Kesultanan Seljuk Rum telah jatuh ke tangan Daulah Uthmaniah pada tahun 1307 setelah memerintah di Anatolia ( Turki ) selama 230 tahun.

Selain daripada Kerajaan Seljuk Raya dan Kesultanan Seljuk Rum, terdapat kerajaan kecil Dinasti Seljuk yang telah diberi kuasa otonom  oleh pemerintah Seljuk Agung seperti Toghrul Beg dan Sultan Malik Shah. Kerajaan itu adalah seperti berikut
  1. Seljuk Kirman  ( 1041 - 1187 ) - Telah  diasaskan oleh Qawrut Beg bin Daud ( Chagri ) bin Mikail bin Seljuk ( 1041 - 1073 ).
  2. Seljuk Syria ( 1075 - 1117 ). Telah  diasaskan oleh Abu Said Taj ad Dawla Tutush I ( 1085 - 1086 ). - Yang mempertahankan Maarat an Nu'man menghadapi kemaraan Tentera Salib. Ramai Tentera Seljuk telah dibunuh dan dijadikan santapan Tentera Salib yang berhadapan dengan musim sejuk yang mencengkam dan keputusan bekalan makanan
PENUTUP
Sesungguhnya kemunculan Dinasti Seljuk selama  270 tahun ( 1037 - 1307 ) telah memberi nafas baru kepada kebudayaan tamaddun Islam dan mengakhiri dominasi Arab dan Parsi dalam tamaddun Islam.

Dinasti Seljuk juga terkenal sebagai penaung kebudayaan dan kesusasteraan Islam.Ketika zaman Seljuk banyak universiti universiti dibina seperti Universiti Nizamiyah di Baghdad. Omar Khayyam pula merupakan ahli astronomi islam yang hidup ketika zaman pemerintahan Seljuk.