2.13.2015

KESULTANAN SELJUK RUM


MUQADDIMAH

Semasa pemerintahan Sultan Malik Shah ( 1072 - 1092 ), wilayah kekuasaan Dinasti Seljuk meliputi dari Kashgor ( sebuah daerah di Turki ) hingga ke Jeusalem. Untuk mengukuhkan lagi kedeudukan Dinasti Seljuk, Sultan Malik Shah memberi kuasa otonomi kepada keluarga Diraja Seljuk untuk memtadbir wilayah wilayah yang terbentang luas ini. Dengan ini maka terbentuklah Kerajaan kerajaan kerajaan kecil Dinasti Seljuk antaranya Kesultanan Seljuk Rum.

KESULTANAN SELJUK RUM

Kesultanan Seljuk Rum atau   telah diasaskan oleh Sulaiman bin  Qutulmish bin Israil ( Arselan ) bin Seljuk pada 1077.  Dinamakan  Kesultanan Seljuk Rum kerana kerajaan ini didirikan di  atas wilayah takluk Empayar Rum ( Rum  Timur )  atau Byzantine.

Selain daripada itu,kerajaan ini juga dikenali sebagai Kesultanan Turki Seljuk / Kesultanan Konya / Kesultanan Iconim dengan menjadikan Iznik ( Nicaea ) dan Konya sebagai ibunegara.

SEJARAH PENUBUHAN 

Pada 1071, Alp Arselan telah berjaya mengalahkan Terntera Byzantine  ( juaga dikenali sebagai Rum Timur ) dalam Pertempuran Manzikert.. Sulaiman bin Qutulmish yang dilantik sebagai komander berjaya menguasai barat Anatolia dan bandar bandar Byzantine seperti Iznik ( Nicaea ) dan Nicomedia ( Izmit ) pada 1075.

 Kemenangan ini sekaligus membuka peluang bagi gerakan Penturkian ( Turkification ) di Asia Minor. Gerakan ini dimulai dengan pengangkatan Sulaiman bin Qutulmish sebagai gabenor.

PEMERINTAH KESULTANAN SELJUK RUM

SULAIMAN BIN qUTULMISH ( 1077 - 1086 )

Sulaiman adalah putera kepada Qutumish yang tidak berjaya menentang sepupunya  Alp Arselan dalam merebut kekuasaan Dinasti Seljuk Raya.. Apabila Qutulmish meninggal dunia pada 1077, Sulaiman  telah melarikan diri bersama tiga saudaranya  ke  Pergunungan Taurus  dan meminta perlindungan dari suku Turki.

Beliau telah mengasaskan Kerajaan Seljuk Turki yang merdeka di Anatolia dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Seljuk Rum yang memerintah dari 1077 hingga 1086.. Sulaiman telah dibunuh oleh Tutush ( pemerintah Seljuk Syria  dari 1085 - 1086 )  di Antioch ketika cuba meluaskan kekuasaannya ke atas Kerajaan Seljuk Syria.


Anak Sulaiman, Khilij Arselan telah ditangkap dan dijadikan tebusan di Khurasan. Pemerintahan Seljuk Rum diambil alih oleh Abul Qasim dari tahun 1086 hingga 1092Apabila Sultan Seljuk Raya  wahat ( Sultan Malik Shah wafat ) pada tahun 1092 , Khilij Arselan menubuhkan Dinasti Kesultan Seljuk Rum. 



Bermula dari tahun 1246, Kesultanan Seljuk Rum  mulai lemah.Perpecahan dan perebutan kuasa antara pemimpin Seljuk telah membawa kepada keruntuhan kerajaan ini pada tahun 1307


Keadaan bergolak dan tidak stabil ini telah digunakan sepenuhnya oleh Uthman bin Ertughud mengasaskan Kerajaan Uthmaniah Turki di Aantolia iaitu  wilayahdan tanah jajahan Kesultanan Seljuk Rum. Kesultanan Seljuk Rum telah jatuh ke tangan Daulah Uthmaniah pada tahun 1307 setelah memerintah di Anatolia ( Turki ) selama 230 tahun.

Selain daripada Kerajaan Seljuk Raya dan Kesultanan Seljuk Rum, terdapat kerajaan kecil Dinasti Seljuk yang telah diberi kuasa otonom  oleh pemerintah Seljuk Agung seperti Toghrul Beg dan Sultan Malik Shah. Kerajaan itu adalah seperti berikut
  1. Seljuk Kirman  ( 1041 - 1187 ) - Telah  diasaskan oleh Qawrut Beg bin Daud ( Chagri ) bin Mikail bin Seljuk ( 1041 - 1073 ).
  2. Seljuk Syria ( 1075 - 1117 ). Telah  diasaskan oleh Abu Said Taj ad Dawla Tutush I ( 1085 - 1086 ). - Yang mempertahankan Maarat an Nu'man menghadapi kemaraan Tentera Salib. Ramai Tentera Seljuk telah dibunuh dan dijadikan santapan Tentera Salib yang berhadapan dengan musim sejuk yang mencengkam dan keputusan bekalan makanan
PENUTUP
Sesungguhnya kemunculan Dinasti Seljuk selama  270 tahun ( 1037 - 1307 ) telah memberi nafas baru kepada kebudayaan tamaddun Islam dan mengakhiri dominasi Arab dan Parsi dalam tamaddun Islam.

Dinasti Seljuk juga terkenal sebagai penaung kebudayaan dan kesusasteraan Islam.Ketika zaman Seljuk banyak universiti universiti dibina seperti Universiti Nizamiyah di Baghdad. Omar Khayyam pula merupakan ahli astronomi islam yang hidup ketika zaman pemerintahan Seljuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan